Fadhail (kelebihan Zam Zam)



Zam Zam mempunyai keberkatan, kelebihan dan keistimewaan yang banyak, yang tidak terdapat pada air-air lain. Di bawah ini dinyatakan beberapa ciri keistimewaannya sebagaimana yang tersebut dalam hadis-hadis Nabi s.a.w Antaranya :-

1.Merupakan air yang terbaik di atas muka bumi dan boleh menyembuhkan penyakit (dengan izi Allah s.w.t)

Sabda Nabi s.a.w :



2. Zam Zam diberkati dan mengenyangkan peminumnya

Abu Zar (Jundub bin Jubadah) al-Ghifari r.a telah menceritakan mengenai kedatangannya ke Makkah sehingga bertemu Rasulullah s.a.w dan seterusnya memeluk Islam. Menurut beliau, setelah bertemu dengan Rasulullah s.a.w Baginda bertanya kepadanya, "Sejak bila kamu berada di sini? Jawabnya "Semenjak 30 hari yang lalu." Rasulullah bertanya lagi " Siapa yanag memberi kamu makanan?" Jawab Abu Zar "Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air Zam Zam sahaja. Tetapi saya merasa semakin gemuk dan tidak pernah merasa lapar." Sabda Rasulullah s.a.w


3. Zam Zam menyempurnakan hasrat peminumnya (dengan izin Allah)

Sabda Rasulullah s.a.w


Selain hadis-hadis di atas, terdapat banyak lagi kelebihan air Zam Zam yang disebut oleh para ulama. Ada yang bersandarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w atau athar (kata-kata sahabat r.a) yanag sahih dan ada pula yang bersandar kepada hadis atau athar yang daif