Telaga Zam Zam



Sejarah telaga Zam Zam secara umumnya ialah sejarah penghijrahan Siti Hajar bersama anaknya Ismail a.s ke Makkah. Ianya juga merupakan salah satu episod dalam sejarah pendudukan Makkah

Untuk mencerikatan mengenai sejarah ini saya memilih riwayat yang dinyatakan oleh Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari r.h.m , kerana sifatnya yang sahih dan ringkas. (Sahih al-Bukhari No. 3364)

Berkata Imam al-Bukhari, "Ibn Abbas a.s meriwayatkan (daripada Rasulullah s.a.w) bahawa wanita yang pertama memakai bengkung ialah Hajar iaitu ibu Nabi Ismail a.s . Beliau menggunakannya (dengan melabuhkan hujung kainya) untuk menghapuskan jejaknya daripada diikuti oleh Sarah yang cemburu terhadapnya. Ibrahim a.s telah membawa Hajjar dan Ismail a.s yang ketika itu masih menyusu, ke satu tempat berdekatan dengan Kaabah. Baginda meletakkan mereka di bawah pokok yang merupakan tempat telaga Zam Zam pada hari ini. Ia merupakan tempat paling tinggi di dalam kawasan masjid.

Makkah pada ketika itu tiada penghuni dan sumber air. Ibrahim menurukan mereka di situ dan meletakkan di sisi mereka sebuah bekas daripada kulit yang mengandungi beberapa biji tamar dan sebuah bekas air. Kemudian baginda pun beredar. Hajar lalu mengikutinya sambil berkata "Wahai Ibrahim! Ke mana kamu hendak pergi" Adakah meninggalkan kami di lembah yang tidak berpenghuni dan tiada apa-apa (untuk di makan)?" Beliau mengulangi beberapa kali, tetapi Ibrahim tidaka berpaling padanya.

Akhirnya Hajar berkata "Adakah ini merupakan perintah Allah terhadap kamu?" Ibrahim menjawab "Ya". Hajar lalu berkata "Jika begitu, Allah pasti tidak akan membiarkan kami"

Beliau kembali semula ke tempat Ismail dan Ibrahim meneruskan perjalananya.

Apabila baginda sampai di Thaniyyah di mana mereka tidak dapat melihatnya lagi, baginda berhenti dan mengadap ke arah Kaabah. Baginda mengangkat kedua-dua tangannya dan berdoa kepada s.w.t dengan doa berikut :-


Maksudnya : Wahai Tuhan Kami, sesungguhnya aku telah meninggalkan sebahagian daripada keturunanku disebuah lembah yang tidak mempunyai apa-apa tanaman (dan) berhampiran dengan rumah-Mu (tapak Baitullah) yang mulia. Wahai Tuhan kami, (dengan demikian) agar mereka mendirikan solat. Maka jadikanlah hati-hati manusia cenderung kepada mereka dan rezekikanlah mereka dengan buah-buahan, semoga mereka  bersyukur

Manakala Hajar pula terus menyusui Ismail dan meminum air daripada bekasnya. Apabila air tersebut telah habis, beliau merasa dahaga. Begitu juga anaknya Ismail. Apabila beliau melihat Ismail menangis kerana tidak sanggup melihat keadaan anaknya itu. Beliau mendapati Bukit Safa merupakan bukit yang terdekat dengannya di tempat itu lalu mendakinya dan melihat ke lembah sekitarnya dengan harapan agar ternampak sesiapa.

Namun, hasrat beliau tidak kesampaian. Beliau kemudiannya turun dari Bukit Safa dan terus berjalan-jalan. Apabila sampai di tengah-tengah lembah beliau menyinsing kainnya dan berlari-lari anak kerana runsing dan bimbang. (Kawasan itu sekarang di tandakan dengan dua lampu berwarna hijau).

Kemudia beliau berjalan kembali sehingga sampai ke Bukit Marwa. Hajar mendakinya dan melihat ke sekitarnya dengan harapan yang sama, tetapi tidak seorang manusia pun kelihatan berada di situ. Hajar mengulangi perbuatan ini (berulang-alik antara Safa dan Marwah) sebanyak tujuh kali.

Berkata Ibn Abbas Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Rukun sa'i (berjalan) di antara Safa dan Marwah adalah berdasarkan peristiwa ini".

Apabila tiba di Marwah pada kali terakhir, Hajar terdengar seakan-akan bunyi suara, lalu beliau mendiamkan diri dan memasang telinga dengan teliti. Beliau mendengar bunyi suatu suara yang berkata kepadanya, "Aku telah mendengar suara kamu, Adakah kami mempunyai sesuatu untuk menolongku?"

Alangkah terkejutnya beliau apabila melihat malaikat di tempat telaga Zam Zam sedang menggali tanah dengan kakinya (atau sayapnya) sehinggalah air terpancar keluar dari tempat itu. Hajar mula membuat batas dengan  tangannya di sekeliling mata air tersebut dan mengisi bekas airnya dengan air yang mula mengalir keluar.