Nama Nama Zam Zam




Para ulama berkata bahawa antara tanda-tanda yang menunjukkan ketinggian sesuatu perkara ialah terdapat banyaknya nama dan sifat bagi perkara tersebut. Demikianlah keadaan air Zam Zam yang merupakan air terbaik dan termulia di atas muka bumi.

Zam Zam mempunyai lebih daripada lima puluh nama. Antaranya ialah Zam Zam, Barakah, Mubarakah, Barrah, Busyra, Tuktam, Maktumah, Haramiyyah, Hafirah Abdul Muttalib, Rakdhah Jibrail, Al-Rawa, Sabiq, Salimah, Siqayah al-Haj, Sayyidah, Shabba'ah, Syarab al-Abrar, Syifa' Suqmin, Thahirah, Tha'am Thu'min dan lain-lain lagi